Teks biasa dan teks kaya Teks_biasa

Fail-fail yang mengandungi penanda ataupun metadata lain secara amnya dianggap sebagai teks biasa, oleh sebab keseluruhan teks dapat dibaca oleh manusia (seperti dalam HTML, XML, dan sebagainya), dan, seperti dihujahkan Coombs, Renear, dan DeRose,[1] tanda baca itu sendiri merupakan penanda. Penggunaan teks biasa dan tidak strim bit bagi menunjukkan penanda membolehkan fail untuk terus kekal "di luar sana", kerana penggunaan teks biasa memberi kekebalan kepada fail daripada perubahan seni reka komputer.

Mengikut piawai Unikod,

  • Teks biasa ialah jujukan tulen kod aksara; teks biasa Unikod justeru merupakan jujukan kod aksara Unikod.
  • Teks yang digayakan, juga dikenali sebagai teks kaya, ialah apa jua perwakilan teks yang mengandungi teks biasa yang dilengkapkan dengan maklumat seperti pengenalan bahasa, saiz fon (set taip), warna, dan pautan hiperteks.[2]

Misalnya, teks kaya seperti SGML, RTF, HTML, XML, dan TeX berdasarkan teks biasa. Satu lagi contoh ialah penulisan teks Wiki.

Mengikut Piawai Unikod (The Unicode Standard), teks biasa mempunyai dua sifat utama berkaitan dengan teks kaya:

  • Teks biasa ialah asas strim kandungan yang dapat dikenakan pemformatan.
  • Teks biasa ialah teks awam, dipiawaikan, dan dapat dibaca secara sejagat.[3]